top of page

COMPLETED PROJECT

Among the projects that have been completed

Kg. Lingkudau,
Ranau

Pembinaan di Kg Lingkudau, Ranau ini bermula pada tarikh 23 Februari 2021. Pelbagai cabaran yang dihadapi sepanjang pelaksanaan membina rumah ini, antaranya kekangan PKP yang dilaksanakan menyebabkan proses pembinaan terpaksa ditangguhkan sementara bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Walaubagaimanapun, kami berjaya menyiapkan rumah ini dengan jayanya mengikut jadual pembinaan yang telah ditetapkan.

Kg. Lingkudau, Ranau
Kg. Pelatong, Beluran

Kg. Pelatong,
Beluran

Pembinaan rumah ini bermula pada 6 Mac 2021 dan berjaya disiapkan pada 18 September 2021. Sepanjang pembinaan bermula, banyak cabaran yang dihadapi oleh pekerja pembinaan & pelanggan sendiri, diantaranya ialah kekangan masa pembinaan disebabkan PKP sehingga menyebabkan pembinaan tertangguh sebentar disebabkan pelaksanaan SOP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang menyebabkan bahan pembinaan serta pekerja tidak dibenarkan untuk rentas daerah bagi melaksanakan gerak kerja pembinaan di Kg. Pelatong Beluran. Namun demikian, rumah ini tetap berjaya disiapkan seperti mana yang dilampirkan dalam 3D drawing.

Kg. Kolopis, Penampang

Kg. Kolopis, Penampang

Siapnya sesebuah rumah itu bukanlah sebab hebatnya kontraktor itu mengurus atau tukang yang membina, tetapi hebatnya kerjasama kesemua pihak termasuk pemilik rumah itu. Apabila kesemua pihak saling bekerjasama dalam setiap proses pembinaan maka hasilnya akan mantap dan kemas.

Kg. Tajau, Tuaran

𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛, kami dari Muq Build & Deco telah berjaya melaksanakan Sesi Penyerahan Kunci kepada salah satu pelanggan MDB yang berada di Kg Tajau, Tuaran pada 13 July 2021 (Selasa).

Pembinaan di Kg Tajau, Tuaran ini bermula pada tarikh 15 Februari 2021. Pelbagai cabaran yang dihadapi sepanjang pelaksanaan membina rumah ini, antaranya ialah, keterbatasan pergerakkan sewaktu pembinaan dijalankan kerana pelaksaan PKP yang telah dilaksanakan .

Selain itu, cabaran yang dihadapi semasa pembinaan dilaksanakan adalah bahan pembinaan yang lambat sampai ke site atas keterbatasan PKP & Jalan masuk ke site kurang baik seperti berlumpur.

Namun, pihak MBD dapat menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi sewaktu pembinaan dijalankan sehingga rumah dapat disiapkan sesuai kehendak & keinginan pemilik rumah.

Universitiy Condo Apartment 1 (UCA1), Sulaman

Syarikat 𝗠𝘂𝗾 𝗕𝘂𝗶𝗹𝗱 & 𝗗𝗲𝗰𝗼 berjaya merealisasikan keinginan Pemilik Rumah UCA 1 untuk mengubah suai dalaman rumah seperti yang ada dalam gambar berikut

 

Design Interior rumah ini adalah cadangan dari pihak Syarikat 𝗠𝘂𝗾 𝗕𝘂𝗶𝗹𝗱 & 𝗗𝗲𝗰𝗼 & dipersetujui oleh pemilik rumah

 

Oleh itu, dalam tempoh 1 bulan syarikat 𝗠𝘂𝗾 𝗕𝘂𝗶𝗹𝗱 & 𝗗𝗲𝗰𝗼 berjaya menyiapkan ubahsuai dalaman rumah ini dan dapat memuskan hati client dengan hasil kerja yang dilakukan oleh pihak syarikat

Kg. Sungai Padang, Papar

𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛,

kami dari Muq Build & Deco telah berjaya melaksanakan Sesi Penyerahan Kunci kepada Salah Satu Client MDB yang berada di Kg Sungai Padang, Papar pada 13 July 2021 (Selasa).

Pembinaan di Kg Sungai Padang, Papar ini bermula pada tarikh 11 September 2020. Pelbagai cabaran yang dihadapi sepanjang pelaksaan membina rumah ini, antaranya kekangan PKP yang dilaksanakan menyebabkan masa pembinaan terpaksa ditangguhkan sementara bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Hal ini menyebabkan masa pembinaan teranjak sehingga 10 bulan walaupun sebenarnya ianya boleh disiapkan dalam tempoh 6 bulan sahaja.

Selain daripada itu, cabaran yang dihadapi juga adalah bahan pembinaan yang terhad disebabkan pembekal di kawasan Papar sangat kurang sehingga menyebabkan bahan pembinaan yang diperlukan kehabisan Stock. Namun pihak MBD dapat menyelesaikan masalah itu dengan membawa bahan pembinaan daripada Kota Kinabalu ke tapak pembinaan Kg. Sungai Padang Papar.

 

Walaupun terdapat beberapa kekangan dalam menjalankan gerak kerja pembinaan, Muq Build & Deco berjaya juga menyiapkan rumah client MBD yang berada di Kg Sungai Padang, Papar dengan jayanya & memenuhi kehendak serta cita rasa client.

Kg. Sungai Padang, Papar, Bina Rumah di Sabah, GBC, MBD Muq Build and Deco
Penyerahan Kunci Rumah, Bina Rumah di Sabah, GBC, MBD Muq Build and Deco
3D Drawing, Bina Rumah di Sabah, GBC, MBD Muq Build and Deco

Kg. Pengalat Besar, Papar

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Kepada anda semua 𝐌𝐁𝐃 menyediakan servis bina rumah murah dan ubahsuai seluruh Sabah. 𝐌𝐁𝐃 ingin membantu mereka yang ingin memilik rumah sendiri dengan harga yang murah.

Renovation, 2016

Alhamdulillah, projek ubahsuai Muq Build and Deco telah siap dengan jayanya. Hasil kerja team member yang sangat commited.

Teruskn semangat !

Putra Perdana,
Kota Kinabalu

Alhamdulillah, Syarikat 𝗠𝘂𝗾 𝗕𝘂𝗶𝗹𝗱 & 𝗗𝗲𝗰𝗼 berjaya merealisasikan keinginan Pemilik Rumah PUTRA PERDANA untuk mengubahsuai bahagian belakang rumah seperti yang ada dalam gambar berikut.

 

Design luar rumah ini adalah cadangan daripada Pemilik Rumah sendiri & di perindahkan lagi oleh Muq Build & Deco.

 

Oleh itu, dalam tempoh 1 bulan syarikat 𝗠𝘂𝗾 𝗕𝘂𝗶𝗹𝗱 & 𝗗𝗲𝗰𝗼 berjaya menyiapkan ubahsuai belakang rumah ini dan dapat memuskan hati client dengan hasil kerja yang dilakukan oleh pihak syarikat.

Projek Siap

Gambar - gambar di bawah adalah projek yang pernah di kendalikan dengan jayanya oleh Muq Build & Deco.

Visit our official FB page to see more dream home collections that will be yours!

  • Facebook | GBCSabah
  • TikTok | MuqTheBuilder
  • YouTube | GBC PRODUCTION
bottom of page